Wednesday, December 23, 2009

Keputusan PMR 2009

Assalamualaikumm..
Alhamdulillah..
Setelah mengikuti pengajian setahun..sesi 2009..akhirnya..keputusan PMR 2009 telah diumumkan..Tahniah..Buat cucu2 tok yang merupakan candidates PMR tahun 2009 nih..Bukan sahaja mengharumkan nama sekolah masing2..bahkan membanggakan Keluarga kita..Alhamdulillah..

Sofiyyah Zaihan..9A

Ehsan Hafiz Abdul Jalil..9A

Ameerah Mardhiyah Fadzilan..9A

Sekalung Tahniah..dan penghargaan atas kejayaan anda..semoga kejayaan ini berkekalan..TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH!.....

Beyond The Different..Together We Make The Different!!
Salam Hormat...
Abdullah Fadhil~


Thursday, December 17, 2009

Cemburu?

Adakah anda pernah mengalami sekurang-kurangnya satu daripada senario di bawah ini?
1. Anda sekadar ada kereta Volkswagen model 60-an yang selalu meragam di waktu pagi dan jiran sebelah rumah anda pula ada kereta Honda Civic yang bunyi enjinnya menderum sedap? Anda jadi sangat cemburu sehingga mengharapkan kereta Honda Civic jiran anda itu ditarik oleh bank?

2. Gaji anda cukup-cukup makan sahaja. Gaji rakan-rakan anda pula agak besar sehingga mereka mampu untuk makan angin di luar negara. Anda pula nak pergi makan angin di Pulau Carey pun rasa mahu terburai poket seluar. Cemburu punya pasal, anda berdoa agar kapal terbang yang dinaiki kawan anda itu terhempas, atau sekurang-kurangnya dirampas oleh pengganas.

3. Kawan-kawan anda sudah ramai yang kahwin, dan anda juga mahu berkahwin, malangnya atas sebab-sebab yang tertentu anda masih lagi belum boleh berkahwin. Anda jadi tersangat cemburu pada rakan-rakan anda yang sudah berkahwin sehingga kadang-kadang anda harap esok pagi juga mereka bercerai. Anda tambah sendiri senario…

Cemburu pertama dalam sejarah manusia cemburu paling hebat yang pernah terjadi dalam sepanjang alam ini wujud adalah cemburu Iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah menyuruh Iblis sujud pada Nabi Adam, Iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih bagus dari Nabi Adam. Iblis cemburu kerana Allah memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam. Akibatnya, Iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka. Cemburu manusia yang pertama pula berlaku dalam kisah Habil dan Qabil yang merupakan dua orang putera Nabi Adam. Qabil tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Ini kemudiannya membawa kepada adegan-adegan dramatik yang mencemaskan. Klimaks kepada kisah ini adalah apabila Qabil membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas muka bumi ini.


Haa...Ini antara2 situasi2 sebagai contoh..Sebagai tambahan..terdengar ceramah Dr.Fadilah Kamsah..ada menyebut..Ulamak ada menyatakan..mksdnya.."Siapa yang suka sangat cemburu dengan orang2 yang berjaya..susah la org tuh nak kecapi kejayaan.." On the other hand.."Siapa yang suka tolong orang..sampai org yang ditolong itu..berjaya..Maka..mudahlah nk mencapai kejayaan..InsyaALLAH"...


Cara2 nak atasi..InsyaALLAH...menjadi..~
1) Daripada dua kisah cemburu yang membabitkan Iblis dan Qabil itu, kita dapati bahawa sifat cemburu tidak membawa sebarang kebaikan langsung kepada kita. Cemburu hanya memusnahkan diri sendiri. Tiada pengakhiran yang baik dan menggembirakan dalam hati manusia yang sering cemburu. Oleh itu sebelum anda mahu cemburu, cuba renung kembali kisah Iblis dan Qabil ini.

2) Kita selaku manusia biasa, memang agak sukar untuk membuang 100% sifat cemburu dari terus mendiami hati. Oleh itu, lempiaskan sifat cemburu ini pada dua jenis keadaan sahaja berdasarkan kepada hadith Rasulullah sallahu alayhi wasalam dari kitab Sahih Muslim ini:
"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia".

3) Imam al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu ini, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan. Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak redha pada takdir dan ketetapan Allah. Jika kita sendiri tidak redha pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Dan jika Allah tidak redha pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi? Imam Maulud, seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita.

4) Cemburu hadir sebab kita rasa kita lebih bagus dan lebih mulia dari orang lain; holier than thou. Apabila kita ada persepsi sebegini, kita akan mudah merasakan bahawa dia dan mereka tidak layak untuk menerima nikmat tersebut. Kita sahajalah yang layak. Buang sifat sebegini dan tanamkan dalam hati dan minda bahawa yang orang lebih mulia di sisi Allah hanya diukur dari segi takwa. Dengan ini, disamping dapat membuang sifat cemburu, kita juga sekaligus dapat berlumba-lumba dengan manusia lain dalam meningkatkan taqwa kepada Allah.

5) Dalam tiga senario di atas, saya ada sentuh tentang bab kahwin. Saya jadikan isu kahwin ini agak spesifik memandangkan saya kenal dan tahu beberapa orang kawan saya, dan kebanyakkan adalah perempuan yang mengeluh kerana masih lagi belum bertemu jodoh. Mereka agak depress. Berkahwin itu memanglah topik yang seronok. Siapa tidak suka kahwin. Tetapi menjadikan perkahwinan sebagai alasan untuk memberikan kebahagian hidup agak kurang tepat. Pasangan berkahwin yang kelihatan gembira mungkin kerana sejak zaman bujang lagi mereka sudah memiliki gaya hidup yang ceria. Tapi apa akan jadi jika Lelaki A yang pesimis berkahwin dengan Wanita B yang bersifat sangat cemburu buta. Anda fikir dengan perkahwinan itu, Lelaki A dan Wanita B itu akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan hidup? Perkahwinan hanya satu keindahan yang sementara jika ia tidak disulami dengan tanggungjawab, perkahwinan adalah satu bala. Terangkan kepada saya mengapa Britney Spears bercerai dengan suami pertamanya, iaitu Jason Allen Alexander setelah mereka sah menjadi suami isteri selama 55 jam sahaja? Saya juga ada seorang rakan (Melayu) yang menceritakan kisah sedih rakannya (Melayu) yang diceraikan suaminya setelah setahun berumahtangga. Mengapa ini berlaku? Tiada kebahagiaan!
Maka, perkahwinan bukan tiket mutlak kebahagiaan hidup. Ketahuilah bahawa sebahagian dari kegembiraan itu terletak pada redha Allah ke atas manusia dan sebahagian lagi terletak pada cara seseorang itu berfikir. Kepada yang masih belum berkahwin, bawa-bawa bersabar. Bak kata senior saya, let’s chill and relax…
Akan tetapi, perkahwinan juga sangat penting dalam kehidupan manusia. Saya ingin membantu, tetapi saya tidak boleh bagi kaunseling lebih-lebih kerana masih lagi belum berkahwin. Mungkin boleh baca artikel ini: What should I do to get married?
Jangan cemburu kepada rakan-rakan yang terlebih dahulu menamatkan zaman bujang dan anak dara. Bila sampai masa yang ditetapkan Allah, anda pasti akan mendapatnya. Ini konsep tawakal dalam Islam. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Cuba aplikasikan konsep Taburan Normal dalam ilmu statistik untuk lebih memahami masalah ini.

6) Apa yang mereka ada tidak semestinya diberkati Allah. Kadang-kadang rezeki yang Allah beri pada hamba-Nya adalah bersifat istidraj semata-mata. Rasullulah bersabda:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah".
(Hadith riwayat Imam at-Tabarani, Ahmad dan Al-Baihaqi).
Istidraj adalah nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang kafir dan fasik, tetapi dalam masa yang sama Allah hilangkan erti kesyukuran di dalam hati mereka, dan Allah membinasakan mereka secara beransur-ansur tanpa mereka sedari. Jiran anda di sebelah rumah yang selalu pergi clubbing dan tuang arak dalam perut, tetapi kereta mewah ada 2-3 buah, menjawat pula jawatan CEO di sebuah syarikat besar, maka ketahuilah bahawa rezeki yang mereka terima itu berkemungkinan besar adalah istidraj. Oleh itu, jika anda patuh dan taat pada segala perintah Allah, melakukan solat tahajjud setiap malam, tetapi rezeki masih lagi dalam keadaan terumbang-ambing, maka janganlah terlalu risau. Rezeki sikit atau banyak adalah ujian dari Allah. Jangan sangka dengan duit berkepok-kepok di bawah bantal akan membuatkan kita gembira. Kita gembira kerana Allah yang berikan kita kegembiraan. Jika anda ada buku Ayah Kaya, Ayah Miskin, cuba selak semula bahagian awal buku itu, yang mana Robert Kiyosaki ada menceritakan kisah beberapa orang ternama yang kaya-raya waktu itu, akhirnya menerima kesudahan hidup yang menyedihkan setelah berlakunya peristiwa Great Depression. Lihat, semudah itu sahaja Allah mahu tarik kekayaan seseorang.

7) Akhir sekali, cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan berasa rungsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada orang lain yang ada apa yang kita mahu. Tetapi selalu sangat kita tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita ada. Jika anda menyimpan makanan dalam peti sejuk, dan menyimpan baju di dalam almari, dan ada katil sebagai tempat tidur, dan memiliki sebuah rumah. Maka anda sudah jadi lebih kaya dari 75% penduduk bumi yang lain! Maka, bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki adalah kunci utama bagi membuang sifat cemburu dan sekaligus mendatangkan kebahagiaan di dalam hati. Jangan apabila ia sudah pergi baru kita mahu bersyukur dan menangis kerana manusia selalunya begitu. Hargailah sekecil-kecil nikmat Allah.Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi keberkatan.Insya Allah.


Beyond The Different..Together We Make The Different!!
Salam Hormat...
Abdullah Fadhil~
P/s:..renung2kan..Marilah sama..ubah diri kita..pengasas menyeru diri ini sendiri..sahabat handai..kaum kerabat....elakkan hasad dengki..
Sumber : Iluvislam.com

Sunday, December 13, 2009

Update!

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Blog ini akan kembali dihidupkan..Harap Maaf Atas Segala Kesulitan..Bila blog ini tidak terupdate..Sepatutnya ada orang yang back up untuk tolong 'update'kan blog ini..Itu merupakan persetujuan semua..Tapi kenapa hanya berdiam diri berpeluk tubuh..hanya menantikan blog ini diupdate..Pengasas blog ini sudahpun memaklumkan kepada yang berkenaan..email dan password blog ini..agar diimarahkan..dan menyebarkan kepada ahli keluarga yang lain..sepanjang blog ini hidup..tiada sebarang coretan dari setiap wakil keluarga..jika tidak ada berita dari penyebar email dan password..Harap Maaf..itu mungkin silap saya selaku pengasas..tapi!..tidak bolehkah mereka2 yang tidak dapat information itu meminta maklumat yang diperlukan dari saya?..

Biasalah..manusia mudah lupa..dari awal beriya-iya inginkan satu laman sesawang..namun jangan lah kita diibaratkan hangat2 tahi ayam..Buat Pengetahuan semua..saya mempunyai 3 blog yang perlu dimanage dalam satu masa..termasuk blog ini..yang satu lagi sudah lama tidak terupdate..plus!saya masih belajar..perlukan masa untuk pelajaran saya..ada masa saya tidak sempat..oleh sebab itu..blog ini agak terbiar..

Beyond The Different..Together We Make The Different!!
Salam Hormat..
Abdullah Fadhil~

Sunday, July 19, 2009

Penyerahan Data Buletin

Salam.

Mohon perhatian pada semua wakil keluarga.

Arahan daripada pengerusi kelab keluarga (Ayah Lan) supaya semua wakil2 keluarga berusaha dan bekerja keras bagi menyiapkan dan menghantar segala butiran2 yg dikehendaki iaitu :

1. profil ahli keluarga

2. skrip

3. gambar individu

4. gambar keluarga


Semua data2 ini hendaklah dihantar secepat mungkin.


Keluarga2 yg msh belum menghantar data2 berikut iaitu :

Ayah De
1. skrip

2. sebahagian gambar individu

3. gambar keluarga


Cik Nah
1. skrip
2. gambar individu
3. gambar keluarga

Cik Bah
1. gambar individu


Cik Mah
1. profil ahli keluarga

2. skrip

3. gambar individu

4. gambar keluarga


Cik Ina
1. skrip

2. gambar individu

Cik Ini

1. skrip


Cik Uji

1.
skrip


Mohon kerjasama dan jasa baik semua agar dapat menyiapkan dgn segera kesemua data2 ini bagi menyempurnakan lagi majlis hari keluarga yg bakal diadakan pada hari raya kedua nanti.



Terima Kasih.

Arahan
Pengerusi Kelab Keluarga

Sunday, June 28, 2009

Buletin Family Day

Salam ukhwah...

Kepada semua ahli keluarga nenenda Fatimah & Mohd Daud.

Seperti yg kita semua maklum, buletin keluarga bakal diterbitkan bagi program Hari Keluarga yg akan diadakan pd tahun 2009 ini.

So, phk jawatankuasa tlh melantik wakil2 bg setiap family sbgimana berikut :

Ayah Long : Cik Wan Nurul Husna (Yu)

Ayah De : Cik Wan Fatimah (Fatim)

Cik Nah : En. Hanif (Hanif)

Cik Yah : Cik Najihah (Najihah)

Ayah Han : Cik Sarah (Sarah)

Cik Bah : Pn. Najibah (Cik Bah)

Cik Mah : Pn. Dzilal (Kak Ila)

Ayah Lan : En. Ameer Azhar (Amir)

Cik Lah : En. Abdullah Fadhil (Fadhil)

Cik Kama : Fatin Suhana (Hana)

Cik Ina : Cik khadijah (Kak Long)

Cik Ini : Cik Nurul Iman (Iman)

Cik Uji : Cik Mariam (Mariam)

Kami mohon kerjasama bagi kesemua wakil2 utk menyerahkan segala butiran seperti berikut :

1. Biodata setiap ahli keluarga yang mengandungi maklumat2 :

Nama

Tarikh Lahir

Tempat Lahir

Tempat Tinggal

Tarikh Perkahwinan

Pendidikan

Tempat menuntut / bekerja

Jurusan

No. Tel

Emel

Blog @ website

Mutiara kata


2. gambar setiap ahli keluarga (gambar individu)


3. gambar keluarga (s’blh2nya yg ada semua ahli keluarga)


4. skrip bg p’sembahan montaj di hari keluarga yg mengandungi maklumat antaranya :

Pertemuan kedua ibu bapa

Tempat & tarikh perkahwinan

Sejarah kelahiran anak2

Apa shja maklumat asas berkaitan keluarga


Skrip ini hendaklah ringkas & padat t’pulang pd kreativiti msg2.


Semua maklumat ini hendaklah diserahkan kepada emel sarahaniey@yahoo.com selewat2nya pd 26 Jun 2009.


Sebarang maklum bls @ p’tanyaan blh hubungi emel sarahaniey@yahoo.com

Friday, June 19, 2009

Biodata Fatimah Binti Ismail


Hajjah Fatimah Ismail adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dari 1973 hingga 1989, selain AJK Dewan Muslimat PAS Pusat (1960) dan sekarang Penasihat Dewan Muslimat PAS Negeri dan Kawasan Marang.

Beliau yang dilahirkan pada 26 Jun 1927 di Kampung Raja, Besut mempunyai 13 orang anak, 70 cucu dan 22 cicit.

Pada Tahun 2006...Beliau telah dipilih sebagai Tokoh Jubli Emas Terengganu..Bersama-sama Seramai 20 bekas pemimpin PAS negeri..

Mereka Terdiri Daripada :

Haji Abdul Rashid Su, Haji Abdul Wahab Yunus, Haji Abu Bakar Mohd Salleh, Haji Awang Nasaruddin Abu Bakar, Hajjah Fatimah Ismail, Haji Hashim Embong, Haji Husin Othman, Haji Kasim Ahmad, Haji Lukman Abdul Kadir, Haji Mohamad Said, Haji Mohd Daud Abdul Samad, Haji Mohd Harun Jusoh, Haji Mohd Senari Yunus, Haji Omar Shukri Embong, Haji Shafie Sulong, Haji Wan Abas Abdullah, Hajjah Wan Azizah As�ad, Haji Wan Othman Mohammad dan Haji Zainal Abidin Aman.

Disunting dr HarakahDaily..(Biodata Penuh Akan DiSunting Lagi)

Sekian..

Friday, June 12, 2009

Salasilah Arwah Mohd Daud Bin Abdul Samad

Walaupun PAS pernah memerintah Terengganu pada 1959, tetapi ramai yang tidak menyedari atau mengenali siapakah Menteri Besar Terengganu yang pertama selepas merdeka, iaitu menteri besar yang dipilih oleh rakyat.




Mungkin kerana kerajaan PAS Terengganu ini hanya bertahan dua tahun empat bulan 10 hari sahaja, maka tidak banyak perhatian yang diberikan oleh para pengkaji, termasuk ahli-ahli PAS sendiri. Tokoh utama dalam kerajaan PAS Terengganu ini ialah Mohd Daud Abdul Samad yang dilantik mengetuai kerajaan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Mohd Daud bin Abdul Samad ialah anak sepasang petani yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan iaitu Abdul Samad Ismail dan Saadiah Ambak. Mereka berhijrah ke Besut kerana mencari rezeki dengan membuka tanah di sana.

ImageMohd Daud yang dilahirkan pada 3 Julai 1924 di Jalan Pasir Akar, Jerteh, Besut dididik oleh keluarganya dengan kehidupan sebagai petani, tetapi amat memberati soal agama. Pada 1933, beliau dihantar belajar di Sekolah Melayu Kampung Raja dan berulang-alik ke rumahnya dengan basikal. Beliau menamatkan pengajian di sini pada 1939 sebagai seorang pelajar yang cemerlang.

Oleh kerana kecenderungannya untuk belajar di sekolah Inggeris, Mohd Daud memasuki Sekolah Melayu Pasir Puteh, Kelantan selama setahun sehingga akhir 1940 dan diterima belajar di Sultan Ismail School (sekarang SIC), Kota Bharu pada Januari 1941. Namun, pengajian beliau terbantut akibat pecah Perang Dunia Kedua pada akhir 1941.

Beliau yang sempat mengikuti pengajian agama di Madrasah al-Balaghul Mubin, Pasir Puteh di bawah bimbingan Maulana Abdullah Nuh pada 1940 telah memilih untuk memasuki Madrasah Diiniyah Ittifakiyah yang dipimpin oleh Tuan Guru Wan Abdul Latif Wan Abdul Kadir pada 1942. Turut mengajar di pondok ini ialah Tuan Guru Abbas Mohamed (bekas Senator PAS), Maulana Abdullah Mohamed dan Tuan Guru Shafie Sulong (bekas Adun PAS Binjai).

Beliau menamatkan pengajian di pondok ini setelah Jepun menyerah kalah dan ditawarkan bekerja dengan Jabatan Kerja Raya Terengganu di Kampung Raja. Beliau bekerja dengan kerajaan selama tujuh tahun sebelum berhenti pada 1952 kerana ingin memberi tumpuan dalam dunia politik.

Penglibatan Mohd Daud dalam politik bermula sejak awal 1940 kerana gurunya di Pasir Puteh, Maulana Abdullah Nuh adalah Ketua Kesatuan Melayu Muda (KMM) Pasir Puteh dan beliau turut menjadi ahlinya.

Ketika Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada Oktober 1945, Mohd Daud menyertai parti ini dan dilantik sebagai Setiausaha PKMM Ranting Jerteh sehingga 1948. Kerana kegiatan politik beliau dalam PKMM, khususnya untuk menentang Malayan Union, beliau menerima tekanan di tempat kerja termasuk pernah ditahan oleh polis pada 1948.

Rakan-rakannya yang lain ditahan selama lima tahun, tetapi beliau terselamat kerana menjadi pegawai kerajaan. Akhirnya beliau memilih bersara dari jawatan kerajaan dan berpindah ke Kemaman.

Pada 1955, apabila Parti Rakyat Malaya (PRM) ditubuhkan, Mohd Daud telah menyertai parti ini dan dilantik sebagai Ketua PRM Ranting Jerteh sehingga 1957. Perjuangan beliau bersama PRM berakhir apabila PAS menubuhkan cawangannya di Besut pada 1957 dan Mohd Daud memilih untuk menyertai PAS sekali gus menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Besut antara 1958 hingga 1959.

Pada awal 1959, Mohd Daud dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PAS Terengganu. Dalam tahun yang sama, Mohd Daud telah dipilih sebagai calon PAS bagi kerusi Dun Setiu dan berjaya mengalahkan calon Perikatan, Parti Negara dan Sosialis Front.

Setelah menjadi Adun Setiu, Mohd Daud dipilih pula oleh PAS sebagai Menteri Besar Terengganu yang pertama setelah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah (Adun Jeram) tidak dapat menjadi menteri besar kerana tidak berasal dari Terengganu. PAS memenangi 13 daripada 24 kerusi Dun Terengganu pada 1959.

Sepanjang menjadi Menteri Besar, Mohd Daud menghadapi cabaran besar kerana pelbagai krisis yang berlaku. Dari dalam kerajaan, timbul rasa tidak puas hati kerana ada desakan supaya, Exco Kerajaan Terengganu, Ustaz Ahmad Azzam dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar. Speaker Dun Terengganu, Ustaz Taib Sabri Abu Bakar pula beberapa kali membuat ugutan untuk keluar dari PAS.

Dalam parti pula, berlaku pergolakan kerana Pesuruhjaya PAS beberapa kali meletakkan jawatan dan menyebabkan PAS Cawangan Kuala Terengganu Utara dibubarkan kerana hilang kepercayaan. Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Utara, Senator Tuan Guru Abbas Mohamed bertindak keluar PAS pada 22 Julai 1960. Perikatan pula secara berterusan menyerang kerajaan PAS termasuk berusaha membeli wakil rakyat PAS.

Usaha mengukuhkan kerajaan dengan menubuhkan kerajaan campuran PAS-Parti Negara telah gagal apabila Adun Parti Negara, Ismail Abbas menyertai PAS dan Timbalan Yang Dipertua Parti Negara, Wan Daud Wan Ahmad membawa tiga lagi Adun Parti Negara menyokong Perikatan.

Dua Adun PAS iaitu Tuan Guru Abdul Kadir Mohamed (Kuala Terengganu Tengah) dan Tuan Guru Wan Said Mohd Noor (Kuala Besut) telah diculik oleh Perikatan. Akhirnya, pada 30 Oktober 1961, kerajaan PAS pimpinan Mohd Daud tumbang dalam satu undi tidak percaya.

Selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Mohd Daud telah dilantik sebagai Pemangku Pesuruhjaya PAS Terengganu pada akhir 1961, sebelum dipangku pula oleh Dato' Abdul Jalil Awang dan Ustaz Omar Shukri Embong pada 1962.

Pada 1964, beliau bertanding di Parlimen Besut menggantikan Prof Dr Burhanuddin al-Helmy dan menang. Mohd Daud kemudian beralih ke Parlimen Kuala Terengganu Selatan pada 1969 dan berjaya memenanginya, tetapi gagal dalam percubaannya untuk merampas kerusi Dun Kampung Raja.

Mohd Daud yang tidak bertanding pada 1974, gagal memenangi semula kerusi Parlimen Besut pada 1978. Dalam tahun 1966 hingga 1972, Mohd Daud turut diberikan kepercayaan sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu, selain turut menjadi Ahli Jawatankuasa Agung PAS.

Oleh kerana beliau tidak bertanding pada 1974, Mohd Daud dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penapis Filem Malaysia iaitu ketika PAS berada dalam BN. Mohd Daud juga mengambil kesempatan untuk menyambung pengajian di Universiti Malaya sebagai pelajar luar untuk pengajian tanpa ijazah.

Ketika usianya sudah mencecah 50 tahun, Mohd Daud tidak lagi aktif dalam politik kerana uzur. Bagaimanapun beliau tetap memberi sumbangan kepada PAS dan mengikuti kuliah-kuliah Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila.

Pada 1979, keadaan kesihatan semakin parah apabila beliau dikesan menghidap sakit jantung, paru-paru dan hati. Akhirnya pada 22 Oktober 1983, iaitu sehari selepas Kepimpinan Ulama PAS diasaskan, Mohd Daud meninggal dunia.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Ustazah Fatimah Ismail, bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu (1973-1989). Salah seorang anaknya, Mohd Zaihan Daud adalah bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu yang juga Pegawai Khas Presiden PAS, Dato'Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sejak 1990. - tajdid _


Diambil dr:Harakhdaily