Sunday, June 28, 2009

Buletin Family Day

Salam ukhwah...

Kepada semua ahli keluarga nenenda Fatimah & Mohd Daud.

Seperti yg kita semua maklum, buletin keluarga bakal diterbitkan bagi program Hari Keluarga yg akan diadakan pd tahun 2009 ini.

So, phk jawatankuasa tlh melantik wakil2 bg setiap family sbgimana berikut :

Ayah Long : Cik Wan Nurul Husna (Yu)

Ayah De : Cik Wan Fatimah (Fatim)

Cik Nah : En. Hanif (Hanif)

Cik Yah : Cik Najihah (Najihah)

Ayah Han : Cik Sarah (Sarah)

Cik Bah : Pn. Najibah (Cik Bah)

Cik Mah : Pn. Dzilal (Kak Ila)

Ayah Lan : En. Ameer Azhar (Amir)

Cik Lah : En. Abdullah Fadhil (Fadhil)

Cik Kama : Fatin Suhana (Hana)

Cik Ina : Cik khadijah (Kak Long)

Cik Ini : Cik Nurul Iman (Iman)

Cik Uji : Cik Mariam (Mariam)

Kami mohon kerjasama bagi kesemua wakil2 utk menyerahkan segala butiran seperti berikut :

1. Biodata setiap ahli keluarga yang mengandungi maklumat2 :

Nama

Tarikh Lahir

Tempat Lahir

Tempat Tinggal

Tarikh Perkahwinan

Pendidikan

Tempat menuntut / bekerja

Jurusan

No. Tel

Emel

Blog @ website

Mutiara kata


2. gambar setiap ahli keluarga (gambar individu)


3. gambar keluarga (s’blh2nya yg ada semua ahli keluarga)


4. skrip bg p’sembahan montaj di hari keluarga yg mengandungi maklumat antaranya :

Pertemuan kedua ibu bapa

Tempat & tarikh perkahwinan

Sejarah kelahiran anak2

Apa shja maklumat asas berkaitan keluarga


Skrip ini hendaklah ringkas & padat t’pulang pd kreativiti msg2.


Semua maklumat ini hendaklah diserahkan kepada emel sarahaniey@yahoo.com selewat2nya pd 26 Jun 2009.


Sebarang maklum bls @ p’tanyaan blh hubungi emel sarahaniey@yahoo.com

Friday, June 19, 2009

Biodata Fatimah Binti Ismail


Hajjah Fatimah Ismail adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dari 1973 hingga 1989, selain AJK Dewan Muslimat PAS Pusat (1960) dan sekarang Penasihat Dewan Muslimat PAS Negeri dan Kawasan Marang.

Beliau yang dilahirkan pada 26 Jun 1927 di Kampung Raja, Besut mempunyai 13 orang anak, 70 cucu dan 22 cicit.

Pada Tahun 2006...Beliau telah dipilih sebagai Tokoh Jubli Emas Terengganu..Bersama-sama Seramai 20 bekas pemimpin PAS negeri..

Mereka Terdiri Daripada :

Haji Abdul Rashid Su, Haji Abdul Wahab Yunus, Haji Abu Bakar Mohd Salleh, Haji Awang Nasaruddin Abu Bakar, Hajjah Fatimah Ismail, Haji Hashim Embong, Haji Husin Othman, Haji Kasim Ahmad, Haji Lukman Abdul Kadir, Haji Mohamad Said, Haji Mohd Daud Abdul Samad, Haji Mohd Harun Jusoh, Haji Mohd Senari Yunus, Haji Omar Shukri Embong, Haji Shafie Sulong, Haji Wan Abas Abdullah, Hajjah Wan Azizah As�ad, Haji Wan Othman Mohammad dan Haji Zainal Abidin Aman.

Disunting dr HarakahDaily..(Biodata Penuh Akan DiSunting Lagi)

Sekian..

Friday, June 12, 2009

Salasilah Arwah Mohd Daud Bin Abdul Samad

Walaupun PAS pernah memerintah Terengganu pada 1959, tetapi ramai yang tidak menyedari atau mengenali siapakah Menteri Besar Terengganu yang pertama selepas merdeka, iaitu menteri besar yang dipilih oleh rakyat.




Mungkin kerana kerajaan PAS Terengganu ini hanya bertahan dua tahun empat bulan 10 hari sahaja, maka tidak banyak perhatian yang diberikan oleh para pengkaji, termasuk ahli-ahli PAS sendiri. Tokoh utama dalam kerajaan PAS Terengganu ini ialah Mohd Daud Abdul Samad yang dilantik mengetuai kerajaan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Mohd Daud bin Abdul Samad ialah anak sepasang petani yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan iaitu Abdul Samad Ismail dan Saadiah Ambak. Mereka berhijrah ke Besut kerana mencari rezeki dengan membuka tanah di sana.

ImageMohd Daud yang dilahirkan pada 3 Julai 1924 di Jalan Pasir Akar, Jerteh, Besut dididik oleh keluarganya dengan kehidupan sebagai petani, tetapi amat memberati soal agama. Pada 1933, beliau dihantar belajar di Sekolah Melayu Kampung Raja dan berulang-alik ke rumahnya dengan basikal. Beliau menamatkan pengajian di sini pada 1939 sebagai seorang pelajar yang cemerlang.

Oleh kerana kecenderungannya untuk belajar di sekolah Inggeris, Mohd Daud memasuki Sekolah Melayu Pasir Puteh, Kelantan selama setahun sehingga akhir 1940 dan diterima belajar di Sultan Ismail School (sekarang SIC), Kota Bharu pada Januari 1941. Namun, pengajian beliau terbantut akibat pecah Perang Dunia Kedua pada akhir 1941.

Beliau yang sempat mengikuti pengajian agama di Madrasah al-Balaghul Mubin, Pasir Puteh di bawah bimbingan Maulana Abdullah Nuh pada 1940 telah memilih untuk memasuki Madrasah Diiniyah Ittifakiyah yang dipimpin oleh Tuan Guru Wan Abdul Latif Wan Abdul Kadir pada 1942. Turut mengajar di pondok ini ialah Tuan Guru Abbas Mohamed (bekas Senator PAS), Maulana Abdullah Mohamed dan Tuan Guru Shafie Sulong (bekas Adun PAS Binjai).

Beliau menamatkan pengajian di pondok ini setelah Jepun menyerah kalah dan ditawarkan bekerja dengan Jabatan Kerja Raya Terengganu di Kampung Raja. Beliau bekerja dengan kerajaan selama tujuh tahun sebelum berhenti pada 1952 kerana ingin memberi tumpuan dalam dunia politik.

Penglibatan Mohd Daud dalam politik bermula sejak awal 1940 kerana gurunya di Pasir Puteh, Maulana Abdullah Nuh adalah Ketua Kesatuan Melayu Muda (KMM) Pasir Puteh dan beliau turut menjadi ahlinya.

Ketika Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada Oktober 1945, Mohd Daud menyertai parti ini dan dilantik sebagai Setiausaha PKMM Ranting Jerteh sehingga 1948. Kerana kegiatan politik beliau dalam PKMM, khususnya untuk menentang Malayan Union, beliau menerima tekanan di tempat kerja termasuk pernah ditahan oleh polis pada 1948.

Rakan-rakannya yang lain ditahan selama lima tahun, tetapi beliau terselamat kerana menjadi pegawai kerajaan. Akhirnya beliau memilih bersara dari jawatan kerajaan dan berpindah ke Kemaman.

Pada 1955, apabila Parti Rakyat Malaya (PRM) ditubuhkan, Mohd Daud telah menyertai parti ini dan dilantik sebagai Ketua PRM Ranting Jerteh sehingga 1957. Perjuangan beliau bersama PRM berakhir apabila PAS menubuhkan cawangannya di Besut pada 1957 dan Mohd Daud memilih untuk menyertai PAS sekali gus menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Besut antara 1958 hingga 1959.

Pada awal 1959, Mohd Daud dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PAS Terengganu. Dalam tahun yang sama, Mohd Daud telah dipilih sebagai calon PAS bagi kerusi Dun Setiu dan berjaya mengalahkan calon Perikatan, Parti Negara dan Sosialis Front.

Setelah menjadi Adun Setiu, Mohd Daud dipilih pula oleh PAS sebagai Menteri Besar Terengganu yang pertama setelah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah (Adun Jeram) tidak dapat menjadi menteri besar kerana tidak berasal dari Terengganu. PAS memenangi 13 daripada 24 kerusi Dun Terengganu pada 1959.

Sepanjang menjadi Menteri Besar, Mohd Daud menghadapi cabaran besar kerana pelbagai krisis yang berlaku. Dari dalam kerajaan, timbul rasa tidak puas hati kerana ada desakan supaya, Exco Kerajaan Terengganu, Ustaz Ahmad Azzam dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar. Speaker Dun Terengganu, Ustaz Taib Sabri Abu Bakar pula beberapa kali membuat ugutan untuk keluar dari PAS.

Dalam parti pula, berlaku pergolakan kerana Pesuruhjaya PAS beberapa kali meletakkan jawatan dan menyebabkan PAS Cawangan Kuala Terengganu Utara dibubarkan kerana hilang kepercayaan. Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Utara, Senator Tuan Guru Abbas Mohamed bertindak keluar PAS pada 22 Julai 1960. Perikatan pula secara berterusan menyerang kerajaan PAS termasuk berusaha membeli wakil rakyat PAS.

Usaha mengukuhkan kerajaan dengan menubuhkan kerajaan campuran PAS-Parti Negara telah gagal apabila Adun Parti Negara, Ismail Abbas menyertai PAS dan Timbalan Yang Dipertua Parti Negara, Wan Daud Wan Ahmad membawa tiga lagi Adun Parti Negara menyokong Perikatan.

Dua Adun PAS iaitu Tuan Guru Abdul Kadir Mohamed (Kuala Terengganu Tengah) dan Tuan Guru Wan Said Mohd Noor (Kuala Besut) telah diculik oleh Perikatan. Akhirnya, pada 30 Oktober 1961, kerajaan PAS pimpinan Mohd Daud tumbang dalam satu undi tidak percaya.

Selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Mohd Daud telah dilantik sebagai Pemangku Pesuruhjaya PAS Terengganu pada akhir 1961, sebelum dipangku pula oleh Dato' Abdul Jalil Awang dan Ustaz Omar Shukri Embong pada 1962.

Pada 1964, beliau bertanding di Parlimen Besut menggantikan Prof Dr Burhanuddin al-Helmy dan menang. Mohd Daud kemudian beralih ke Parlimen Kuala Terengganu Selatan pada 1969 dan berjaya memenanginya, tetapi gagal dalam percubaannya untuk merampas kerusi Dun Kampung Raja.

Mohd Daud yang tidak bertanding pada 1974, gagal memenangi semula kerusi Parlimen Besut pada 1978. Dalam tahun 1966 hingga 1972, Mohd Daud turut diberikan kepercayaan sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu, selain turut menjadi Ahli Jawatankuasa Agung PAS.

Oleh kerana beliau tidak bertanding pada 1974, Mohd Daud dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penapis Filem Malaysia iaitu ketika PAS berada dalam BN. Mohd Daud juga mengambil kesempatan untuk menyambung pengajian di Universiti Malaya sebagai pelajar luar untuk pengajian tanpa ijazah.

Ketika usianya sudah mencecah 50 tahun, Mohd Daud tidak lagi aktif dalam politik kerana uzur. Bagaimanapun beliau tetap memberi sumbangan kepada PAS dan mengikuti kuliah-kuliah Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila.

Pada 1979, keadaan kesihatan semakin parah apabila beliau dikesan menghidap sakit jantung, paru-paru dan hati. Akhirnya pada 22 Oktober 1983, iaitu sehari selepas Kepimpinan Ulama PAS diasaskan, Mohd Daud meninggal dunia.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Ustazah Fatimah Ismail, bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu (1973-1989). Salah seorang anaknya, Mohd Zaihan Daud adalah bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu yang juga Pegawai Khas Presiden PAS, Dato'Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sejak 1990. - tajdid _


Diambil dr:Harakhdaily